Isu kemasukan pekerja asing ke negara bagi memenuhi permintaan pemain industri serta isu perkhidmatan kesihatan menjadi tumpuan di persidangan Dewan Rakyat hari ini. <br /><br />Menurut aturan mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah usaha yang diambil untuk mempercepatkan kemasukan pekerja asing.
